MARIGOLD edar 43,000 pek susu

Orang ramai berkumpul untuk menerima susu UHT MARIGOLD percuma di PPR Sri Aman Jinjang, Kepong.
Orang ramai berkumpul untuk menerima susu UHT MARIGOLD percuma di PPR Sri Aman Jinjang, Kepong.
A
A
A

SHAH ALAM – Peneraju jenama susu terkemuka Malaysia, MARIGOLD menerusi inisiatif kempennya, Membesar dengan Setiap Cabaran telah bekerjasama dengan Program Perumahan Rakyat (PPR) mengedarkan kira-kira 43,000 pek 200 mililiter (ml) susu UHT MARIGOLD kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dalam golongan B40.

Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd (pengeluar produk MARIGOLD), Poh Eng Lip berkata, kempen agihan susu UHT MARIGOLD mula dilaksanakan sejak 24 September sehingga 15 Oktober 2022.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 43,000 pek susu bernilai RM70,000 akan ditempatkan di lima PPR terpilih dalam kawasan Lembah Klang. Inisiatif ini akan memanfaatkan kira-kira 8,094 isi rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Eng Lip berkata, antara PPR yang terlibat ialah PPR Sri Aman, Kepong yang mempunyai seramai 1,499 isi rumah telah diadakan pada 24 September, diikuti PPR Bukit Jalil 1 seramai 1,735 isi rumah pada 25 September.

Beliau berkata, turut terlibat ialah PPR Laksamana, Jalan Peel sebanyak 1,616 isi rumah pada 1 Oktober dan PPR Lembah Subang 2 sebanyak 1,580 isi rumah pada 2 Oktober serta PPR Kota Damansara sebanyak 1,152 isi rumah pada 15 Oktober.

“Akses untuk mendapatkan nutrisi adalah hak sejagat dan kerjasama kami dengan PPR ini dapat memberikan cara yang tepat untuk menyokong komuniti B40 dengan cara paling bermakna,” katanya.

Menurutnya, platform itu menyasarkan usaha menghubungkan komuniti terpencil itu dengan inovasi sosial berimpak dan menjana impak secara kolektif.

Eng Lip berkata, sempena kempen itu, MARIGOLD mengadakan kerjasama dengan Sun Life Malaysia untuk turut sama menjayakan pertandingan “Sahut Cabaran, Realisasi Impian” di seluruh negara bermula 1 September sehingga 31 Oktober 2022.

Artikel Berkaitan:

Pasukan MARIGOLD bersama masyarakat PPR Pinggiran Bukit Jalil.
Pasukan MARIGOLD bersama masyarakat PPR Pinggiran Bukit Jalil.

“Pertandingan ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil merebut peluang merealisasikan impian dan aspirasi anak mereka dengan memenangi hadiah dan wang tunai bernilai keseluruhan RM100,000,” katanya.

Terdapat dua langkah mudah untuk pengguna menyertai peraduan iaitu dengan membeli mana-mana produk Susu UHT MARIGOLD 1 Liter (1 pek), 200ml x 6 pek (1 set) dan 200ml x 3 pek (2 set).

Pembeli hanya perlu menghantar resit rasmi menerusi aplikasi WhatsApp kepada 017-560 0782 dan menjawab satu soalan.

Mereka berpeluang memenangi hadiah tempat pertama wang tunai RM20,000, tempat kedua wang tunai RM10,000, diikuti tempat ketiga wang tunai RM5,000 kepada enam pemenang dan hadiah saguhati iaitu tablet kepada 15 pemenang bertuah.