Kaki kiri legenda bola sepak Kelantan dipotong

Mohd Hashim menunjukkan anugerah kasut emas yang dimenanginya pada tahun 1993 lalu.
Mohd Hashim menunjukkan anugerah kasut emas yang dimenanginya pada tahun 1993 lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kaki kiri bekas penggempur sensasi yang juga legenda pasukan bola sepak Kelantan era 90-an, Mohd Hashim Mustapha, 57, terpaksa dipotong akibat saluran darah tersumbat selepas terkena jangkitan kuman sejak Mac lalu.

Beliau yang sinonim dengan jersi No 10 sewaktu mewakili Kelantan selamat menjalani pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Rabu malam.

Perkhabaran itu dikongsikan oleh menantunya, Mohd Nizad Ayub.

Mohd Nizad berkata, bapa mentuanya itu kini berada dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani pembedahan.

"Ketika ini keadaan papa masih berada dalam pemantauan doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Beliau berharap seluruh peminat bola sepak Kelantan dan Malaysia mendoakan semoga mentuanya kembali sihat seperti biasa.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, Mohd Hashim menderita akibat jangkitan kuman di pergelangan kaki kanan selepas terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya, Mac lalu.

Insiden itu berlaku ketika beliau mahu keluar melaksanakan tugas sebagai pengendali Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Artikel Berkaitan:

Situasi itu menyebabkan, kaki kanannya bengkak secara mengejut menyebabkan dia tidak dapat memakai kasut seperti biasa.