MPV rempuh 'outlet' milik Shuib Sepahtu

Sebuah MPV Naza Ria yang dipandu lelaki berusia 43 tahun merempuh 'outlet' BubbleBee di Meru Raya pada Khamis. Foto: ihsan pembaca
Sebuah MPV Naza Ria yang dipandu lelaki berusia 43 tahun merempuh 'outlet' BubbleBee di Meru Raya pada Khamis. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Gara-gara tertekan pedal minyak, kereta dipandu seorang lelaki merempuh kedai minuman BubbleBee di sebuah pasar raya di Meru Raya di sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 10.35 pagi itu, lelaki yang bekerja sebagai pembantu koperasi di sebuah sekolah sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, rempuhan itu turut menyebabkan kerosakan pada sebuah motosikal jenis Honda dan premis terbabit.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lelaki berusia 43 tahun itu mahu parkir di lot tempat letak kenderaan.

"Dia gagal mengawal kenderaan lalu tertekan pedal minyak hingga terlanggar motosikal di hadapannya dan premis BubbleBee berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, siasatan diteruskan dan kes diklasifikasikan dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Shuib turut memuat naik gambar kemalangan yang membabitkan salah sebuah BubbleBee cawangan Meru Raya. Foto: IG shuibsepahtu
Shuib turut memuat naik gambar kemalangan yang membabitkan salah sebuah BubbleBee cawangan Meru Raya. Foto: IG shuibsepahtu

Tambahnya, semua individu termasuk penyelia premis berusia 25 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengasas BubbleBee, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut memuat naik gambar insiden itu di akaun Instagram miliknya.

"Tak tau macam mana boleh jadi, tengah siasat. Mungkin pemandu ingat outlet ini drive thru (pandu lalu), tetapi alhamdulillah semuanya okay.

"Tiada kemalangan. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” kata Shuib.