Pahang terima peralatan persediaan banjir sumbangan Petronas

Mohammad Ahmad Shazly (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan persiapan banjir Petronas kepada Wan Rosdy di Wisma Sri Pahang pada Khamis.
Mohammad Ahmad Shazly (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan persiapan banjir Petronas kepada Wan Rosdy di Wisma Sri Pahang pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperuntukkan RM6.7 juta sebagai sumbangan banjir bagi menghadapi bencana itu di seluruh negara tahun ini.

Peruntukan itu termasuk sumbangan kepada agensi penyelamat dalam usaha membantu pasukan berkenaan membuat persediaan menghadapi banjir.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, Pahang antara negeri yang menerima sumbangan dalam bentuk peralatan menyelamat dan perlindungan kepada mangsa banjir itu.

Menurutnya, peralatan yang disumbangkan termasuk dua unit bot bersama enjin, tangki bahan api dan treler bot mudah alih, 1,000 khemah (C-Tent), 700 jaket keselamatan dan 7,000 helai baju hujan.

"Sumbangan ini juga telah diserahkan kepada Kelantan dan Terengganu dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Persiapan Banjir Petronas kepada kerajaan Pahang di Wisma Sri Pahang pada Khamis.

Sumbangan itu diserahkan Mohammad Ahmad Shazly kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Artikel Berkaitan:

Mohammad Ahmad Shazly (depan,kiri) dan Che Adam bersama antara peralatan persiapan banjir sumbangan Petronas yang diserahkan kepada kerajaan negeri pada Khamis.
Mohammad Ahmad Shazly (depan,kiri) dan Che Adam bersama antara peralatan persiapan banjir sumbangan Petronas yang diserahkan kepada kerajaan negeri pada Khamis.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang,Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman.

Dalam pada itu, Mohammad Ahmad Shazly berkata,sumbangan untuk negeri Pahang itu merupakan sebahagian daripada 36 buah bot, 8,800 buah khemah, 5,500 jaket keselamatan dan 55,000 helai baju hujan yang disediakan Petronas untuk 14 negeri di seluruh negara.

"Sumbangan ini juga sebahagian daripada komitmen Petronas dalam membantu mangsa banjir melalui peruntukan RM25 juta yang diumumkan pada Disember tahun lalu.

"Selain itu, antara Januari hingga Julai tahun ini, Yayasan Petronas turut terlibat menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM), kepada penduduk di Mukim Ganchong di Pekan, Pahang dan Kepulauan Tumpat, Kelantan.

"Program latihan persediaan sebelum bencana itu dilaksanakan bagi membantu penduduk di kawasan berisiko tinggi untuk melakukan persiapan yang lebih sistematik menghadapi banjir," jelas beliau.