Parlimen bubar, peranti siswa diagih seperti biasa

Annuar (lima dari kanan) bersama sebahagian penerima Program Peranti Siswa yang diadakan di SMK Melor, Kota Bharu pada Khamis.
Annuar (lima dari kanan) bersama sebahagian penerima Program Peranti Siswa yang diadakan di SMK Melor, Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Program Peranti Siswa berjalan seperti biasa walaupun Parlimen dibubarkan pada Isnin lalu, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau menjelaskan perkara tersebut kerana ada khabar angin di media sosial mengatakan pembahagian peranti itu dihentikan.

"Saya hendak jelaskan bahawa semua program kerajaan termasuk pembahagian peranti berjalan seperti biasa walaupun Parlimen bubar.

"Sekarang ini kita dalam proses penyampaian secara berperingkat dan ini berlaku kerana terpaksa menunggu pusat pengajian termasuk universiti dibuka," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan peranti siswa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini pada Khamis.

Menurut beliau, ini kerana perjanjian yang dipersetujui menyatakan peranti tersebut diserahkan di tempat mereka belajar.

Tambahnya, penerima akan menerima peranti tersebut sebelum November ini.

Annuar berkata, setakat ini 150,000 peranti telah diagihkan daripada 221,000 permohonan yang telah diluluskan.

"Untuk makluman sebanyak 500,000 permohonan telah dibuat bagi Program Peranti Siswa ini," katanya.

Artikel Berkaitan: