Sila log masuk terlebih dahulu.

Institusi politik kita dah macam 'kartel'

12 Oktober 2022 | Video Shorts
A
A
A

SAKSIKAN VIDEO PENUH DI: https://www.youtube.com/watch?v=glIBBVj-wac&t=100s

Menurut Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, kebanyakan ahli politik Melayu terpengaruh dengan budaya luar yang mengamalkan 'produk politik baharu' demi mengikat pengundi.

Salah satu yang paling disukai ahli politik jenis ini ialah membiarkan pengundi miskin bergantung harap kepada mereka agar terus mendapat sokongan.

Tambahnya, disebabkan itu, kebanyakan pemimpin bertukar menjadi 'kartel' kerana yakin dengan kesetiaan pengikut mereka.

Beliau berkata demikian dalam program Bersama Johan Jaaffar pada Rabu.

#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #Melayu #MajlisPerundinganMelayu #KetuananMelayu #MelayuBerpecah #PartiPolitikMelayu #Malaysia #DasarEkonomiBaru #DEB #OrangMelayu