Perubahan jadual Piala Malaysia, MFL tunggu pengumuman SPR

STUART
STUART
A
A
A

TEKA-teki mengenai keperluan mengubah jadual perlawanan Piala Malaysia 2022 akan terjawab selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada 20 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam memaklumkan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi laluan kepada PRU15 pada Isnin lepas, sudah semestinya mempunyai kesan kepada jadual Piala Malaysia yang dijadual bermula 25 Oktober ini.

"Dengan penggunaan knockout stage (format pusingan 16 pasukan) tahun ini, setiap perlawanan adalah berharga dan kita jangka ia akan mengundang penyokong yang ramai ke stadium.

"Keperluan keselamatan di venue perlawanan adalah kerisauan MFL terutamanya dengan pembubaran Parlimen memandangkan pihak keselamatan mungkin ada tugasan berbeza dari situasi semasa,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Stuart berkata pihaknya akan menunggu keputusan rasmi oleh SPR berhubung tarikh PRU15 sebelum membuat keputusan mengenai perubahan jadual Piala Malaysia kali ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: