Tarikh keputusan SPM 2022, tunggu pengumuman KPM

Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh keputusan SPM 2022. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh keputusan SPM 2022. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi, mengenai tarikh pengumuman tersebut.

"Banyak sangat spekulasi, anda semua kena pastikan tiada berita palsu tentang pengumuman SPM.

"Selagi tidak ada pengumuman daripada mulut saya dan Datuk KP (Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali) itu tidak betul. Terlalu banyak spekulasi, tetapi percayalah bila pun tarikhnya keputusan anak-anak tetap sama,” katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan Kelantan, Mohd Zamri Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi, Afizulazha Abdullah.

Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei ini. - Bernama