Senarai calon Wanita BN diserah kepada pucuk pimpinan

Noraini
Noraini
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita BN telah mengenal pasti calon-calon wanita yang berkebolehan dan berpotensi untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, senarai tersebut telah diserahkan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk dipertimbangkan.

"Wanita BN mengalu-alukan keputusan Dewan Tertinggi BN yang telah menyatakan komitmen untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan calon wanita dalam PRU yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Terima kasih di atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan kepada Wanita BN untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam menerajui kepimpinan politik negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berharap calon-calon yang dikemukakan akan diterima baik oleh kepimpinan BN sekali gus memenangi pilihan raya bagi mewakili golongan wanita dan seluruh rakyat Malaysia

"Dengan kepercayaan yang diberikan ini, Wanita BN yakin, mampu memberikan sumbangan kepada parti dan meletakkan iltizam yang tinggi untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: