Pahang aktifkan semula sukan ekuestrian

Mohd Johari memaklumkan sukan ekuestrian akan diaktifkan semula pada sesi penggulungan perbahasan di persidangan DUN Pahang.
Mohd Johari memaklumkan sukan ekuestrian akan diaktifkan semula pada sesi penggulungan perbahasan di persidangan DUN Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang berhasrat untuk mengaktifkan semula sukan ekuestrian di negeri ini.

Exco Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sudah berkenan untuk mengadakan majlis pemasyhuran Kompleks Ekuestrian Tanjung Lumpur sebagai Kompleks Ekuestrian Tengku Mahkota.

"Justeru adalah diharapkan supaya peruntukan sebanyak RM1.5 juta akan disalurkan melalui Majlis Sukan Pahang bagi tujuan membaiki kompleks, mengadakan majlis pemasyhuran dan penganjuran kejohanan sukan ekuestrian di peringkat kebangsaan.

"Yayasan Pahang pula akan terus melaksanakan program-program bersama masyarakat Orang Asli dan kumpulan B40 di kompleks tersebut," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Beliau menjelaskan bagi meneruskan kesinambungan raja sukan berjiwa rakyat, kerajaan Pahang akan mengadakan pemahsyuran Kompleks Sultan Abdullah di Gambang merangkumi Akademi Mokhtar Dahari, sekolah sukan Pahang dan pusat kecemerlangan sukan prestasi tinggi.

Selain itu, Mohd Johari memaklumkan peruntukan tambahan sebanyak RM12.35 juta akan diberi kepada Stadium Darul Makmur bagi mengadakan sambutan Jubli Emas dan menaik taraf peralatan serta persekitaran stadium serta persekitaran stadium itu sendiri.

"Stadium Darul Makmur akan mencapai usia 50 dan sebagai sebuah bangunan bersejarah dan ikonik di tengah Bandaraya Kuantan adalah wajar supaya fasiliti dan persekitaran stadium dapat dibaiki pulih sewajarnya," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: