Chelsea raih kemenangan berharga

Para pemain Chelsea meraikan kemenangan ke atas Milan 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara pagi Rabu. - Foto EPA
Para pemain Chelsea meraikan kemenangan ke atas Milan 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara pagi Rabu. - Foto EPA
A
A
A

CHELSEA meraih kemenangan berharga untuk menghampiri slot 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara setelah menewaskan AC Milan 2-0 pada Rabu.

The Blues yang dibimbing Graham Potter menguasai perlawanan berdepan Milan yang beraksi 10 pemain selepas layangan kad merah kontroversi ke atas Fikayo Tomori akibat mengasari Mason Mount pada minit ke-18.

Situasi tersebut mengubah rentak Milan yang memberi saingan sengit kepada Chelsea pada peringkat awal perlawanan dalam aksi yang berlangsung di San Siro tersebut.

Jurulatih Milan, Stefano Pioli tenang dengan kekalahan itu, namun meluahkan sesuatu kepada wartawan.

“Saya tidak rasa pengadil itu melalui malam yang lebih baik,” ujar Pioli.

Kekurangan seorang pemain menyukarkan Milan apabila Jorginho meledak menerusi penalti untuk gol pertama dan Pierre-Emerick Aubameyang tenang menjaringkan gol 11 minit sebelum rehat.

Biarpun meraih dua gol, Chelsea tetap berdepan cabaran sengit Milan.

“Ia mengubah permainan dalam aspek apa yang Milan mahu lakukan, tapi bagi kami perlu mengambil kesempatan. Ia bukanlah mudah berdepan 10 pemain, terutama di sini.

Artikel Berkaitan:

“Ia adalah saat yang besar, kami masih merasakan boleh melakukannya dengan 11 lawan 11 tetapi pengadil sudah membuat keputusan dan perlu melaluinya,” ujar Potter.

Kemenangan itu meletakkan Chelsea di persada Kumpulan E setelah mengutip tujuh mata, manakala Milan di tangga ketiga dengan empat mata.

Skuad kendalian Pioli kini tiada pilihan untuk layak ke pusingan kalah mati apabila Dinamo Zagreb dan Salzburg akan menjadi penentu nasib mereka dalam kejohanan itu.

“Saya tidak rasa ada sebarang persoalan yang perlu beri motivasi kepada para pemain.

“Kami perlu bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan di Zagreb dan saya akan lakukan yang terbaik,” kata Pioli.