46 cadangan program intervensi tarik pelabur luar

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 46 cadangan program intervensi merangkumi lima kluster industri sudah dirangka di bawah Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus bagi menarik pelabur luar.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua cadangan program intervensi ini dilaksanakan di pelbagai peringkat iaitu sesi libat urus bersama peneraju bagi pelaksanaan aktiviti mengikut pembangunan projek, memuktamadkan tapak dan mengenal pasti atau mendapatkan pelabur.

Menurutnya, lima kluster utama merangkumi kluster pelancongan, pertanian, mineral, perkayuan dan perkhidmatan termasuk pembangunan modal insan.

"Ini antara sebahagian usaha jangka masa pendek yang telah dirancang oleh Kerajaan Pahang bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi menarik pelaburan berkualiti ke Pahang Barat Plus.

"Sementara itu sebagai usaha jangka panjang, libat urus secara berterusan akan terus diadakan bersama peneraju yang dikenalpasti bagi memastikan cadangan program intervensi dapat dijalankan selaras dengan penepatan pelaksanaan projek," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pernyataan Lee Ah Wong (BN-Cheka) yang ingin tahu usaha susulan jangka pendek dan panjang yang dijalankan dan impak yang diharapkan di bawah pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus.

Wan Rosdy menjelaskan antara senarai projek mengikut kluster industri utama yang sedang dilaksanakan agensi peneraju dan dipantau Pahang Barat Plus ialah kluster pelancongan, pertanian, perkayuan, mineral serta perkhidmatan.

Menyentuh mengenai kluster pelancongan, beliau berkata, terdapat tiga zon pelancongan utama iaitu tanah tinggi, zon semula jadi dan pesisir pantai atau pulau telah memberi tumpuan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya dua daripada daripada zon pelancongan berkenaan berada di Wilayah Pahang Barat Plus iaitu zon tanah tinggi, semula jadi dan keberadaan masyarakat Orang Asli di keenam-enam daerah di Pahang dengan keunikan budaya, kraf tangan serta kesihatan.

"Potensi yang dipamerkan oleh masyarakat ini apabila digabungkan ia menjadi satu pakej menarik yang boleh ditawarkan kepada pelancong sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk di Pahang Barat Plus ini.

"Intervensi yang diketengahkan sebagai projek Quick Wins adalah untuk membangunkan kompleks perkampungan budaya Orang Asli di Pos Betau, Lipis. Ia adalah salah satu komponen dalam cadangan Pelan Induk Pertumbuhan Desa (PPD) RPS Betau, Lipis yang disediakan PlanMalaysia@Pahang.

"Jalan Sungai Koyan-Ringlet dan juga kegunaan pengunjung yang datang berkhemah serta menikmati aktiviti di Pos Betau ini," jelas beliau.