Tandukan berdarah Rudiger julang Real

Rudiger menanduk bola dengan baik untuk membantu Real mengikat Shakhtar 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu. - Foto Agensi.
Rudiger menanduk bola dengan baik untuk membantu Real mengikat Shakhtar 1-1 dalam aksi Liga Juara-Juara pada Rabu. - Foto Agensi.
A
A
A

JARINGAN pada lewat permainan membawa tuah buat Real Madrid apabila melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Rabu.

Antonio Rudiger menyumbat gol pada masa kecederaan ketika mengikat Shakhtar Donetsk 1-1 di Warsaw.

Shakhtar yang terpaksa beraksi di Poland berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, mempamer aksi mengagumkan dan mendahului menerusi Oleksandr Zubkov pada awal separuh masa kedua.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu dilihat hampir mengalami kekalahan buat kali pertama musim ini dalam semua pertandingan, namun muncul Rudiger jadi penyelamat.

Rudiger menanduk masuk bola berpunca hantaran lintang Toni Kroos pada minit kelima masa kecederaan, namun bertembung kepala dengan penjaga gol, Anatoliy Trubin.

Rudiger meninggalkan padang dengan berlumuran darah, manakala penjaga gol Shakhtar itu terpaksa dibalut di kepalanya.

"Dia mengalami luka yang agak panjang di dahinya, terdapat banyak darah, tetapi dia berada dalam keadaan baik.

Rudiger (dua dari kiri) mengalami pendarahan di dahi selepas bertembung dengan Trubin. - Foto Agensi.
Rudiger (dua dari kiri) mengalami pendarahan di dahi selepas bertembung dengan Trubin. - Foto Agensi.

Artikel Berkaitan:

"Dia mahu kembali ke padang, tetapi kami sedar dia cedera. Saya tidak fikir ia terlalu serius.

"Kami tidak bermain dengan baik, tetapi pasukan ini tidak pernah berputus asa. Kami sahkan kemaraan di peringkat 16 terakhir pada perlawanan yang tidak sempurna," ujar Ancelotti.

Real ketika ini memimpin Kumpulan F setelah mengutip 10 mata, enam mata di depan RB Leipzig yang mengalahkan Celtic 2-0 di Scotland.

Shakhtar pula di tangga ketiga dengan lima mata.