Beberapa jalan di Gombak ditutup bermula 1 tengah hari esok

Aksi pelumba melakukan pecutan ketika berada dalam kelompok peloton sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat pertama sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
Aksi pelumba melakukan pecutan ketika berada dalam kelompok peloton sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat pertama sejauh 157.3 kilometer dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

GOMBAK - Beberapa jalan di Gombak akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada acara Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, antara jalan terlibat ialah susur keluar Taman Melati ke MRR2 Batu Caves, susur keluar Shell Taman Melati, MRR2 dari arah Batu Caves menghala Tol Gombak dan Jalan Sungai Pusu menghala Tol Gombak.

Menurutnya, jalan dijangka ditutup bermula jam 1 tengah hari.

"Peringkat 3 LTdL akan bermula di Putrajaya dan akan berakhir di Genting Highlands pada Khamis (13 Oktober).

"Peserta dijangka tiba di sempadan daerah Gombak sekitar jam 3 petang dan dijangka tamat di Genting Highlands selewatnya jam 4.15 petang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pengguna dinasihatkan mengelak menggunakan jalan-jalan yang terlibat dalam perlumbaan tersebut.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 atau layari laman Facebook https://www.facebook.com/PolisDaerahGombak.

LTdL 2022 sejauh 1,096.9 kilometer (km) itu bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur bermula Selasa, diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub), Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands), Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya), Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim), Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar), Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Loop Langkawi).

Artikel Berkaitan: