Baik pulih masjid usia 80 tahun

Pengurusan Masjid Mukim Jerimbong, Kuala Balah, di Jeli mengajak orang ramai berinfaq bagi kerja-kerja membaik pulih rumah ibadah berkenaan.
Pengurusan Masjid Mukim Jerimbong, Kuala Balah, di Jeli mengajak orang ramai berinfaq bagi kerja-kerja membaik pulih rumah ibadah berkenaan.
A
A
A

JELI - Masjid Mukim Jerimbong, Kuala Balah di sini sudah berusia 80 tahun yang dibina hasil gotong-royong penduduk.

Bagaimanapun, masjid yang kian uzur itu memerlukan bantuan bagi kerja-kerja baik pulih rumah ibadah berkenaan.

Menariknya, penduduk menggunakan baldi, tempurung dan upih untuk memunggah pasir dari Kuala Ketil selain dibantu kerbau untuk menyiapkan masjid tersebut pada awal pembinaannya.

Bilal Masjid Mukim Jerimbong, Zulkifli Mat Zain berkata, disebabkan itu masjid berkenaan meninggalkan banyak kenangan kepada penduduk setempat.

“Namun tahun bersilih ganti, masjid tersebut semakin usang yang memerlukan penambahbaikan.

“Semua ini perlu dilakukan bagi memberi keselesaan kepada lebih 400 jemaah kerana masjid ini juga digunakan untuk solat Jumaat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, dana berjumlah RM250,000 diperlukan bagi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan pada kadar segera.

“Kami juga ingin mengajak orang ramai berinfak dengan nilai RM50 bagi satu lot.

Artikel Berkaitan:

“Kepada yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 030540-1002-2758 Tetuan Masjid Mukim Jerimbong atau hubungi talian 019-6560 272.