Sulaiman sedia tanding kerusi Parlimen

Sulaiman ketika ditemui pada
Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
Sulaiman ketika ditemui pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersedia untuk bertanding mana-mana kerusi Parlimen sekiranya diputuskan pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata, bagaimanapun sehingga kini belum ada keputusan yang dimaklumkan kepada beliau berkenaan calon-calon yang akan bertanding mewakili BN di enam kerusi Parlimen negeri ini.

"Saya orang Semenda dalam politik, dipanggil datang disuruh pergi, itu sahaja.

"Kalau itu disarankan oleh pihak pucuk pimpinan saya menurut apa sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Melaka 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini, pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, sebagai orang politik dan individu yang sayangkan parti beliau menerima secara terbuka apa jua keputusan pucuk pimpinan parti itu.

"Tidak kira kerusi empuk ke kerusi tidak empuk ke,mana-mana pun di panggil saya datang," ujar beliau.

Menjawab soalan sama ada pentadbiran kerajaan negeri akan bertukar sekiranya beliau menang dalam kerusi Parlimen, Sulaiman lantas menjawab, sebarang pertukaran pentadbiran belum dibincangkan lagi.

Artikel Berkaitan: