76 maut akibat bot karam

Pada tahun ini, banjir telah melanda banyak kawasan di Nigeria termasuk di Anambra. - Foto AP
Pada tahun ini, banjir telah melanda banyak kawasan di Nigeria termasuk di Anambra. - Foto AP
A
A
A

LAGOS - Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari berkata pada Ahad bahawa 76 orang maut apabila sebuah bot yang terlebih muatan terbalik di Anambra, tenggara Nigeria.

Kira-kira 85 orang menaiki bot itu ketika kemalangan itu berlaku pada Jumaat di kawasan yang musnah akibat banjir.

"Bot itu dilaporkan membawa 85 orang terbalik berikutan peningkatan banjir di kawasan Ogbaru di negeri itu dengan badan kecemasan mengesahkan angka kematian ialah 76 orang," kata Pejabat Buhari yang memetik beliau sebagai berkata seperti dilaporkan oleh AFP.

Beliau mengarahkan supaya perkhidmatan kecemasan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa.

Kemalangan bot adalah perkara biasa di Nigeria kerana muatan berlebihan, kelajuan, penyelenggaraan yang lemah dan mengabaikan peraturan lalu lintas.

Sejak permulaan musim hujan, banyak wilayah di Nigeria telah dilanda banjir. - AFP

Artikel Berkaitan: