Bot karam, seorang ditemui maut , 7 lagi selamat

Mayat pengendali bot ditemukan terdampar di hutan bakau setelah bot dinaiki bersama tujuh yang lain karam di Sepang pada Sabtu.
Mayat pengendali bot ditemukan terdampar di hutan bakau setelah bot dinaiki bersama tujuh yang lain karam di Sepang pada Sabtu.
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki maut apabila bot dinaiki karam ketika dalam perjalanan dari jeti Sepang Kecil ke kelong Haji Nazri, dekat sini pada Sabtu jam 12 tengah hari.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.27 petang daripada pegawai Agensi Penyelamat Malaysia (APM).

Katanya, panggilan tersebut memohon bantuan pencarian membabitkan sebuah bot pancing dinaiki lapan lelaki dewasa telah karam.

Menurutnya, bomba tiba di lokasi jam 2.40 petang dan mendapati tujuh mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan berada di kokasi kejadian.

"Namun seorang mangsa yang merupakan pengendali bot berusia 67 tahun dipercayai hilang.

Anggota bomba tiba di lokasi kejadian dan melakukan sesi pencarian di persisiran pantai.
Anggota bomba tiba di lokasi kejadian dan melakukan sesi pencarian di persisiran pantai.

"Pihak telah bomba bertindak membuat pencarian di persisiran pantai, tetapi mangsa ditemukan terdampar di hutan bakau oleh penduduk jam 3.30 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, anggaran lokasi mangsa ditemukan dari jeti Sepang Kecil adalah tiga kilometer.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seterusnya diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.