MotoGP: Masa terbaik tiga pelumba negara menonjol

Dari kiri, Kasma Daniel, Khairul Idham dan Azroy Hakeem.
Dari kiri, Kasma Daniel, Khairul Idham dan Azroy Hakeem.
A
A
A

KOMUNITI permotoran negara bakal menyaksikan tiga lagi kelibat anak tempatan berlumba bersama jaguh handalan dunia pada Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 21 hingga 23 Oktober ini.

Tiga pelumba tempatan itu adalah Khairul Idham Pawi atau lebih mesra disapa Super Kip, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Anuar, yang diberikan tiket 'wild card' untuk bersaing dalam kelas Moto2, menurut penaja utama GP Malaysia, Petronas.

"Petronas kembali bukan sekadar penaja utama tetapi akan menonjolkan pelumba Malaysia, Azroy Hakeem Anuar, Kasma Daniel dan Khairul Idham Pawi dalam Kejuaraan Dunia FIM Moto2," menurut hantaran dalam Facebook Petronas Motorsports.

Bagaimanapun Petronas tidak mendedahkan nama pasukan yang akan diwakili ketiga-tiga pelumba negara itu, yang turut bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim ini.

Khairul Idham sebelum ini pernah beraksi dalam kelas Moto3 dan Moto2 pada GP Malaysia dengan kali terakhir pada musim 2018, sementara Kasma Daniel diberikan tiket 'wild card' dalam kategori Moto3 pada musim 2017.

Kehadiran tiga pelumba itu menjadikan keseluruhan empat pelumba tempatan bakal membuat penampilan pada GP Malaysia, selepas Syarifuddin Azman yang lebih dikenali sebagai Damok turut mendapat tiket 'wild card' dalam kelas Moto3, Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: