103 pelajar cemerlang Terengganu terima tajaan PESP 2022

Seramai 103 anak Terengganu yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 mendapat penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2022.
Seramai 103 anak Terengganu yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 mendapat penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2022.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seramai 103 anak Terengganu yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 mendapat penajaan melalui Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2022.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, mereka adalah sebahagian 600 pelajar terpilih daripada 9,000 calon seluruh negara yang memohon penajaan tersebut pada tahun ini.

"Petronas kekal komited untuk terus menyumbang kepada pembinaan negara dan pembangunan bakat tenaga kerja kami melalui pelbagai program dan inisiatif selama lebih empat dekad.

“Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti akan memperkasakan komuniti, seterusnya menyokong pembangunan sosio-ekonomi negara ke arah masa depan yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, lebih 37,000 pelajar cemerlang dalam negara termasuk 1,720 yang sedang mengikuti program itu telah mendapat manfaat daripada tajaan bernilai RM3.5 bilion sejak ia diperkenalkan pada tahun 1975.

M Ahmad Shazly Ramli berkata, PESP 2022 menyaksikan jumlah tajaan tahunan tertinggi oleh Petronas dengan nilai pelaburan melebihi RM340 juta.

Setiap pelajar terpilih akan menerima tajaan pengajian asasi sehingga ijazah sarjana muda pertama dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan petroleum, kejuruteraan mekanikal, geosains, ekonomi, undang-undang serta kursus lain berkaitan industri.

“Mereka ditempatkan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti di Australia, China, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat,” katanya.

Artikel Berkaitan: