SMK Shah Alam muncul juara Piala Dato' Mokhtar Dahari

Pemain SMK Shah Alam dan barisan kejurulatihan bersama Tengku Amir meraikan kemenangan selepas meraih kejuaraan pada Piala Dato' Mokhtar Dahari 2022 Bawah 15 tahun pada Sabtu.
Pemain SMK Shah Alam dan barisan kejurulatihan bersama Tengku Amir meraikan kemenangan selepas meraih kejuaraan pada Piala Dato' Mokhtar Dahari 2022 Bawah 15 tahun pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam mengejutkan juara bertahan SMK Dato' Harun Tanjong Karang menerusi kemenangan 3-2 sekali gus menjulang kejuaraan Piala Dato' Mokhtar Dahari 2022 Bawah 15 tahun pada Sabtu.

Dalam aksi di Padang Bola Sintetik Seksyen 19 itu, gol jaringan pada masa tambahan oleh Muhammad Ammar Hariz Norzaid pada minit ke-73 membawa SMK Shah Alam dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan itu buat kali pertama.

Dalam aksi itu, SMK Shah Alam membuka tirai jaringan menerusi gol dijaringkan Muhammad Muhaimin Ahmad Khairi pada mini ke-8.

Bagaimanapun, SMK Dato' Harun kemudian menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gol jaringan Muhammad Adam Iadi Sa'aban pada minit ke-20.

SMK Shah Alam kemudian menggandakan jaringan 2-1 selepas Muhammad Muhaimin sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring pasukan itu pada minit ke-23.

Serangan dilancarkan SMK Dato' Harun ke pintu gol pasukan lawan akhirnya membuahkan hasil selepas menghasilkan gol kedua pada minit ke-26 menerusi jaringan Nazhan Norsuhaimi.

Bagaimanapun tuah memihak kepada SMK Shah Alam selepas jaringan Muhammad Ammar memadam impian pasukan itu untuk muncul juara berganda pada tahun ini.

Sementara itu, perlawanan final itu turut diserikan dengan kehadiran Raja Musa Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan menyempurnakan sepak mula perlawanan akhir terbabit.

Artikel Berkaitan:

Tengku Amir turut berkenaan menyampaikan hadiah kejohanan kepada kedua-dua pasukan.