Kerajaan baharu Palestin bakal diumumkan dalam masa terdekat

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh. - Foto AFP
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - PALESTIN. Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh dijangka mengumumkan barisan anggota kerajaan baharu dalam masa beberapa hari lagi.

Shtayyeh mempunyai tempoh sehingga 14 April ini bagi membentuk kerajaan baharu yang dijangka bakal mengetepikan kesemua penyokong kumpulan Hamas yang juga seteru lama Gerakan Fatah yang dianggotai perdana menteri berkenaan dan Presiden Mahmoud Abbas.

Namun,penganalisa berpendapat kuasa membuat keputusan sebenar berada di tangan presiden berusia 84 tahun itu yang memegang tampuk pemerintahan sejak 2005.

Terdahulu, Shtayyeh diarahkan Presiden Abbas bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan pentadbiran Rami Hamdallah yang menerima sokongan Hamas selaku pentadbir di Semenanjung Gaza.

Menurut sumber pegawai, lima lagi kumpulan kecil akan turut menyertai kerajaan baharu tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Mahmoud Aloul memaklumkan persetujuan telah dicapai berhubung kumpulan mana yang akan memegang kuasa ke atas kementerian tertentu.

Hamas dilapor mengkritik pembentukan kerajaan terbabit dan menuduh Gerakan Fatah sebagai gila kuasa. - AFP

Artikel Berkaitan: