FIFA tidak akan hukum Indonesia

Kejadian rusuhan penonton dan penyokong di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.
Kejadian rusuhan penonton dan penyokong di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan mengenakan hukuman penggantungan kepada Indonesia susulan tragedi rusuhan bola sepak yang mengorbankan 131 nyawa di Stadium Kanjuruhan pada Sabtu lalu.

Perkembangan itu diumumkan Presiden Indonesia, Joko Widodo sambil memberitahu kerajaannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bola sepak untuk meningkatkan standard keselamatan stadium.

“Alhamdulillah, bola sepak Indonesia tidak akan dikenakan penggantungan oleh FIFA.

"FIFA dan dan pemerintah juga akan bekerjasama untuk membentuk pasukan transformasi bola sepak Indonesia," katanya dalam satu mesej menerusi rakaman video.

Pada minggu lepas, arena bola sepak Indonesia dicemari dengan tragedi susulan kejadian rusuhan yang mengorbankan kira-kira 127 penonton dan penyokong di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur.

Media melaporkan kejadian tercetus selepas penyokong pasukan Arema FC tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 ke atas pasukan Persebaya Surabaya, mengakibatkan ribuan penyokong meluru masuk ke kawasan padang.

Situasi tersebut membawa kepada tindakan polis melepaskan gas pemedih mata sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam-kabut.

Ribuan penonton kemudian bersesak untuk keluar dari stadium dan sesak nafas akibat semburan gas pemedih mata, malah pihak berkuasa melaporkan mangsa yang terkorban antaranya akibat berhimpit, bersesak dan dipijak.

Artikel Berkaitan:

Susulan kejadian itu juga, seluruh komuniti bola sepak dunia menzahirkan rasa simpati terhadap insiden berkenaan.