Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu

Dewan rakyat - Foto Bernama
Dewan rakyat - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang pembelian berlian merah jambu daripada isteri VVIP di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barang kemas lain ke Malaysia untuk ister seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Bagi kes berprofil tinggi ini, saya ingat telah dijawab oleh Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) pada tahun lepas bahawa dia (berlian merah jambu) dibawa masuk oleh ejen.

“Ya, ejen dah ikrar bawa masuk, kemudian ada pengikraran benda yang sama bawa keluar,” katanya ketika ucapan perbahasannya ketika menggulung peringkat dasar Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019.

Hal demikian, Ahli Parlimen Kubang Pasu itu menjelaskan bahawa tidak berlaku pembelian terhadap berlian merah jambu tersebut.

“Jadi tidak berlaku pembelian (oleh isteri VVIP itu), berlian merah jambu sudah dibawa balik oleh ejen ini.

“Tapi saya ingat sempat kita semua tengok berlian merah jambu semua itu, tapi ia sudah dibawa balik (keluar dari Malaysia),” jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (PH- Bukit Bendera) yang menyoal sama ada jika sebarang borang Jabatan Kastam telah diisi dan cukai atau duti kastam dibayar berhubung lebuh 40 unit barangan kemas yang melibatkan isteri seorang VVIP yang juga seorang Ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan: