RM500 untuk imam, bilal, siak dan guru KAFA

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk manfaat 72,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setiap tahun kerajaan menyediakan hampir RM700 juta sebagai bayaran elaun bulanan kepada golongan berkenaan.

“Mereka berperanan besar dalam mendidik anak-anak kita dan mengimarah Islam di peringkat komuniti.

“Maka, kerajaan bersetuju untuk memberikan bayaran khas ‘one-off’ RM500 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut.

“Seramai 72,000 orang akan menerima manfaat dengan peruntukan RM36 juta," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Menurut Tengku Zafrul, di bawah Jabatan Perdana Menteri, sejumlah RM1.5 bilion akan disediakan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

“Bagi tahun 2023, kerajaan menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara fasiliti pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) antaranya sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan: