[VIDEO] Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri penjawat awam RM600

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 bagi penjawat awam akan dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketetapan itu sekali gus menjadikan penjawat awam yang layak, bakal menerima sehingga RM2,500 termasuk Bantuan Khas Kewangan RM700.

"Bagi tahun hadapan, Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.

"Sukacita juga diumumkan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023.

"Bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 menjadikan jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Menurut Tengku Zafrul, pada 30 Ogos lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa imbuhankepada penjawat awam semasa Majlis Amanat Perdana PerkhidmatanAwam Ke-18.

Katanya, antara yang utama termasuklah kadar maksimum gantian cuti rehat(GCR) yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai dinaikkandaripada 160 kepada 180 hari dengan anggaran implikasi kewangan RM100juta setahun.

Artikel Berkaitan:

Dengan kenaikan tersebut, sukacita diumumkanbahawa, kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus jugaakan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.

"Kerajaan juga telah menambah cuti rehat khas pegawaiperkhidmatan pendidikan yang berkhidmat melebihi 10 tahun sebanyak lima hari menjadi 15 hari bagi memberi manfaat kepada 500,000 guru untukmenguruskan hal-hal peribadi dan berpeluang mengumpulkan GCR yang lebih tinggi.

"Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan Kenaikan GajiTambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawatawam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion," katanya.