RM734 juta tuntutan penyakit kritikal, hospitaliti

mySalam turut meluluskan tuntutan kepada 500,000 individu disebabkan Covid-19 dengan nilai keseluruhan RM330 juta.
mySalam turut meluluskan tuntutan kepada 500,000 individu disebabkan Covid-19 dengan nilai keseluruhan RM330 juta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Skim Perlindungan Nasional (mySalam) telah meluluskan tuntutan berkaitan penyakit kritikal dan hospitaliti berjumlah RM734 juta kepada 1.5 juta individu B40.

Beliau berkata, ini termasuklah 500,000 individu yang menerima pampasan disebabkan Covid-19 dengan nilai keseluruhan RM330 juta.

"Kerajaan berhasrat untuk meneruskan pelaksanaan mySalam kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sepanjang tahun 2023," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan, Baucar Perlindungan Tenang telah memanfaatkan lebih tiga juta penerima BKM dan akan diteruskan melalui kaedah perkongsian kos.

"Ia turut diperluas kepada pembelian produk perlindungan bencana banjir untuk rumah kediaman," ujarnya

Artikel Berkaitan: