RM1.8 bilion untuk pesawah, nelayan dan pekebun kecil

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kerajaan tetap akan memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada golongan pesawah, nelayan dan pekebun kecil.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bermula 2023, kerajaan memperuntukkan RM1.8 bilion bagi menyediakan pelbagai subsidi dan insentif merangkumi subsidi harga padi, baja padi, benih padi sah, baja padi huma dan insentif pengeluaran padi serta insentif tangkapan hasil nelayan berbanding tahun ini.

Ujarnya, bantuan kepada pesawah padi diberikan semula dengan jumlah RM200 sebulan untuk tempoh tempoh tiga bulan atau semusim kepada 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

"Bagi pekebun kecil getah, Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh empat bulan dengan peruntukan keseluruhan RM256 juta.

“Ini bermakna pekebun kecil akan mendapat BMT sebanyak RM800 berbanding RM600 sebelum ini,” kata beliau

Bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, Insentif Pengeluaran Lateks diperkenalkan bersama dengan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi.

“Skim Perlindungan Pertanian akan diperkenalkan untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi,” tambahnya.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan: