Bajet 2023: Dua juta belia terima RM200 menerusi e-Pemula

Golongan belia akan menerima bantuan sebanyak RM200 secara one-off menerusi program e-Pemula.
Golongan belia akan menerima bantuan sebanyak RM200 secara one-off menerusi program e-Pemula.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan meneruskan pemberian inisiatif e-Pemula dengan menaikkan kredit e-tunai sebanyak RM200.

Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian inisiatif itu akan memberi manfaat kepada dua juta belia melibatkan peruntukan RM400 juta.

"Inisiatif e-Pemula tahun ini telah menawarkan kredit e-tunai berjumlah RM150 kepada belia.

"Atas komitmen Perdana Menteri untuk menambah baik program ini, e-Pemula akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit kepada RM200.

"Ini untuk manfaat dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berusia 21 tahun ke atas dengan peruntukan RM400 juta," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel Berkaitan: