Bersatu gesa kerajaan utamakan persediaan hadapi monsun

Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan memberikan tumpuan dan keutamaan sepenuhnya terhadap persediaan bagi menghadapi fenomena Monsun Timur Laut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis juga memutuskan untuk mengatur gerak aset dan sukarelawan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

"(Ia) melalui Skuad Prihatin Bersatu yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah.

"Skuad Prihatin Bersatu ini akan turut dilancarkan dalam Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Negeri Pahang di Temerloh pada 10 Oktober 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Hamzah, kekuatan skuad itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan mangsa-mangsa terbela sebelum, semasa dan selepas banjir.

"Mesyuarat MPT Bersatu turut membincangkan persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada bila-bila masa," ujarnya.

Artikel Berkaitan: