Rais Hussin keluar Bersatu

Rais Hussin - Foto Salaamgateway
Rais Hussin - Foto Salaamgateway
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff memaklumkan telah keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menghantar surat rasmi mengenai perkara itu pada Khamis.

Rais Hussin menyatakan antara sebab peletakan jawatan tersebut adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dialaminya serta banyak menumpukan tugasan lain seperti kerja pembangunan dalam EMIR Research.

“Walaupun saya bukan lagi ahli Bersatu, saya akan giat meneruskan perjuangan saya untuk negara yang lebih baik dalam membantu lebih ramai rakyat berdasarkan lima prinsip teras iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah.

“Cabaran pada masa itu sangat besar tetapi kami bersama membuat perkara mustahil untuk menghadapi semua rintangan.

“Suatu hari saya berharap akan membukukan pengalaman politik ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau juga turut menegaskan akan terus menyuarakan sesebuah kebenaran berdasarkan fakta yang ada tanpa rasa gentar dan takut terhadap sesuatu ancaman.

Artikel Berkaitan: