Gula, baja bersubsidi RM4.5 juta dirampas

Norena (dua,kiri) menunjukkan baja bersubsidi yang dirampas dalam serbuan pada Khamis. Gula pasir yang rosak ditemui dalam gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, pada Khamis.
Norena (dua,kiri) menunjukkan baja bersubsidi yang dirampas dalam serbuan pada Khamis. Gula pasir yang rosak ditemui dalam gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Tindakan pemilik sebuah gudang menyimpan 500 tan gula pasir rosak dan baja padi bersubsidi bernilai RM4.5 juta akhirnya terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai di sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, serbuan yang dilakukan jam 11 pagi itu menemui 300 tan gula dalam pek satu kilogram yang telah rosak akibat banjir dan baja bersubsidi dalam guni bersaiz 20 dan 50 kilogram.

Menurutnya, dua lelaki warga asing yang merupakan penjaga gudang turut ditahan di dalam premis tidak berlesen itu.

Beliau berkata, soal siasat yang dilakukan ke atas individu berusia 60 tahun itu mendakwa baja yang tertera perkataan, Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan' dan 'Hak Milik Kerajaan Tidak Boleh Dijual Beli' itu merupakan miliknya.

"Jadi kita akan membuat semakan dan siasatan bagi mengetahui sebab dan bagaimana gula dan baja bersubsidi itu boleh berada di dalam gudang tidak dilesenkan itu," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Rambai pada Khamis.

Tambah beliau, kesemua gula yang telah rosak antaranya akibat banjir akan dijual semula dengan harga lebih murah kepada pemilik industri pembuatan makanan.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

Selain itu turut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Artikel Berkaitan: