Baki aksi liga penentu undian Piala Malaysia

Undian Piala Malaysia 2022
Undian Piala Malaysia 2022
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil pendekatan 'unik' bagi saingan Piala Malaysia musim ini apabila menjalankan undian awal sekali gus menyaksikan pasukan-pasukan Liga Super hanya akan mengetahui siapakah lawan mereka selepas liga tamat berlangsung.

Berbeza dengan lima pasukan Liga Premier, mereka sudah pun mengetahui kedudukan namun lawan akan ditemui dari Liga Super dilihat masih misteri.

Dalam undian yang dilakukan sebentar tadi, kesemua wakil Liga Super hanya disebut dengan kod LS sahaja berbanding wakil Liga Premier yang disebut nama pasukan.

Untuk rekod, Piala Malaysia akan bermula pada 25 dan 26 Oktober ini berikutan penglibatan Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala AFC pada 22 Oktober.

Berikut adalah keputusan penuh undian Piala Malaysia 2022:

LS11 lawan Kuching City

UITM lawan LS3

LS10 lawan Kelantan

Artikel Berkaitan:

LS8 lawan Johor Darul Ta’zim

Kelantan United lawan LS5

LS8 lawan LS4

PDRM lawan LS6

LS7 lawan LS2