Pengamal media berkumpul di pekarangan Istana Negara

Kenderaan rasmi yang membawa Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain memasuki Istana Negara pada jam 2.05 petang.
Kenderaan rasmi yang membawa Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain memasuki Istana Negara pada jam 2.05 petang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tumpuan media kini terarah kepada Istana Negara selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 4 petang.

Pengamal media kelihatan mula berkumpul di pekarangan Istana Negara sejak jam 2 petang bagi mendapatkan gambaran keadaan semasa di Istana Negara.

Sebahagian pengamal media yang hadir membuat liputan sejak jam 2 petang.
Sebahagian pengamal media yang hadir membuat liputan sejak jam 2 petang.

Pada jam 2.05 petang, kenderaan rasmi yang membawa Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain memasuki Istana Negara.

Pastinya pelbagai tanda tanya serta persoalan bermain di fikiran rakyat ketika ini memandangkan desas-desus berkenaan pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan kepada Agong berkenaan perkara yang dibincangkan Kabinet, termasuk perkara berbangkit.

Artikel Berkaitan: