PRU15: Parti komponen setuju guna logo PN

Muhyiddin ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi PN dan Penyerahan Watikah Ketua Badan Perhubungan Kawasan di Glenmarie Hotel and Resort, di sini pada Rabu.
Muhyiddin ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi PN dan Penyerahan Watikah Ketua Badan Perhubungan Kawasan di Glenmarie Hotel and Resort, di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat untuk menggunakan logonya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penggunaan logo selain PN mungkin boleh digunakan di sesetengah kawasan dan ia melibatkan perbincangan terbuka antara pemimpin komponen parti dalam gabungan tersebut.

Menurutnya, tiada rahsia yang perlu disorokkan sesama mereka dan ia menunjukkan keikhlasan untuk berbincang demi kepentingan bersama.

"Saya nak jelaskan, tidak ada rahsia amtara kami dalam PN. Kalau saya buat sesuatu, saya kembali dan melaporkan secara terperinci apa yang sudah saya lakukan.

"Tiada apa untuk disorokkan, saya nak tunjukkan keikhlasan pimpinan PN untuk sama-sama berbincang hal-hal yang ada kepentingan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapananya semasa dalam Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi PN dan Penyerahan Watikah Ketua Badan Perhubungan Kawasan di Glenmarie Hotel and Resort, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Muhyiddin ketika ditemui media di sini turut memaklumkan pihaknya menubuhkan jawatankuasa manifesto untuk merangka tawaran kepada rakyat dalam PRU15.

Ujarnya, manifesto tersebut merangkumi semua aspek untuk kepentingan rakyat dan negara dengan mengambil kira situasi serta keadaan selepas pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Ia mengandungi semua perkara penting yang kita janji dan nak laksanakan untuk kepentingan rakyat dengan mengambil kira situasi dan keadaan selepas pandemik, masalah ekonomi yang agak merosot serta bantuan prihatin.

"Jawatankuasa kita dah sedia tapi saya menunggu bila akan dibentangkan pada Jawatankuasa Induk Perikatan Nasional," katanya.