Harimau Muda, Guam sama kuat di Bogor

Aksi menarik Malaysia menentang Guam dalam perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia. - Foto Football Association of Malaysia
Aksi menarik Malaysia menentang Guam dalam perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia. - Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

HARAPAN pemain ke-12 negara untuk melihat skuad Bawah 16 tahun negara mencipta keputusan positif pada aksi kedua kempen kelayakan Piala Asia B-17 2023 tidak kesampaian.

Pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Pakansari, Bogor, Indonesia, Harimau Muda B-16 tahun negara sekadar melakar keputusan seri 1-1 berdepan Guam.

Skuad kendalian Osmera Omaro yang masih segar dengan kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Palestin ternyata berdepan halangan berliku berdepan Guam.

Tambah menarik Guam yang sebelum ini dirobek Emiriah Arab Bersatu (UAE), 9-0 dan 14-0 kepada Indonesia lebih bersedia menyerap asakan jentera Harimau Muda.

Gawang kental Guam akhirnya berjaya dibolosi hasil jaringan Qahir Dzakirin Rosfaizi pada minit ke-73, untuk bayangan tiga mata pasukan negara.

Namun belum sempat anak buah Osmera Omaro berkira-kira mahu melebarkan jaringan, Riku Ngeschekle Meyar tampil dengan gol penyamaan pada minit ke-84', sekali gus mengikat perlawanan.

Harimau Muda B-16 negara akan berdepan UAE pada Jumaat sebelum berdepan Indonesia pada Ahad.

Untuk rekod, 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 tahun depan.

Artikel Berkaitan: