Pemindahan kenderaan di pelabuhan Malaysia dikecualikan AP

Anthony Loke menjawab pertanyaan media sempena majlis pelancaran Website dan Aplikasi Telefon Pintar (Fasa Dua) COSCO SHIPPING Lines (Malaysia) Sdn Bhd hari ini. - Foto Bernama
Anthony Loke menjawab pertanyaan media sempena majlis pelancaran Website dan Aplikasi Telefon Pintar (Fasa Dua) COSCO SHIPPING Lines (Malaysia) Sdn Bhd hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan mengecualikan syarat permit import (AP) ke atas kenderaan secara pemindahan kapal dari pelaburah tempatan mulai 1 April lepas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata kenderaan import menerusi pemindahan kapal pelabuhan Malaysia seperti Pelabuhan Klang, tidak lagi memerlukan AP.

"Dasar terdahulu mensyaratkan setiap kenderaan memasuki negara kita, walaupun bukan untuk pasaran tempatan, perlu memiliki AP.

"Ini menjadikan pelabuhan kita tidak berdaya saing apabila sebahagian besar aktiviti pemindahan kapal kini beralih ke Singapura. Baru-baru ini saya berbincang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan kami memutuskan untuk mengecualikan AP," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web dan perisian aplikasi (APP) COSCO SHIPPING Lines Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata pengecualian untuk AP diluluskan oleh MITI dan dilaksanakan oleh pelabuhan.

Dalam ucapannya, Anthony Loke berkata kerajaan akan membuat pengumuman besar, terutama dalam sektor pengangkutan, selepas lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China pada akhir bulan ini.

Lawatan itu akan membantu menyelesaikan masalah yang timbul antara Malaysia dan China dalam tempoh setahun lepas, selain memperkukuh hubungan kedua-dua negara, katanya.

"Saya yakin beberapa pengumuman yang akan dibuat sangat positif bagi sektor pengangkutan Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, laman web dan APP COSCO SHIPPING Lines Malaysia dan APP menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan digital berkualiti tinggi dan inovasi teknologi bagi membantu syarikat penghantar dan pengangkut barangan tempatan mengendalikan pelbagai keperluan dalam pasaran perkapalan domestik dan serantau.

Turut hadir Pengarah Urusan COSCO SHIPPING Lines Malaysia Sdn Bhd Henry Tian dan Kaunselor Ekonomi dan Komersil Kedutaan China, Shi Zimin. - Bernama