Agong terima menghadap Speaker Turkiye Mustafa Sentop

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara pada Rabu. - Foto:Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop di Istana Negara pada Rabu. - Foto:Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah menghadap Speaker Parlimen Turkiye Profesor Dr Mustafa Sentop di Istana Negara pada Rabu.

Sentop bersama delegasinya tiba pada kira-kira jam 10.45 pagi, disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Turut hadir Duta Turkiye di Malaysia Emir Salim Yuksel; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali; Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.

Sesi sembah menghadap yang berlangsung hampir setengah jam itu adalah sebahagian daripada program sempena lawatan rasmi Sentop ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.

Sebelum itu, Sentop serta delegasinya mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Gombak dan dijadualkan berlepas pulang petang ini. - Bernama
Artikel Berkaitan: