Sultan Johor terima menghadap menteri, isteri PM Singapura

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pada Jumaat berkenan menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam dan Isteri Perdana Menteri Singapura, Datin Paduka Ho Ching. - Foto Facebook The Royal Johor

A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat berkenan menerima menghadap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam dan isteri Perdana Menteri Singapura, Datin Paduka Ho Ching.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, kunjungan hormat serta lawatan mesra dalam kalangan kepimpinan tertinggi kedua-dua pihak itu mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Johor dan Singapura yang telah terjalin sekian lama.

Turut berangkat menerima kunjungan hormat itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Kunjungan hormat ini juga sebagai menghormati lawatan baginda ke republik berkenaan pada 13 Mei lepas atas jemputan peribadi Shanmugam bagi satu majlis santapan tengah hari.

"Baginda sentiasa menekankan Johor dan Singapura memanfaatkan hubungan erat dua pihak untuk mencapai manfaat bersama dalam perniagaan, perdagangan dan industri serta memperkukuh hubungan persahabatan dan pemahaman antara rakyat,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, ketibaan tetamu kehormat itu di Istana Bukit Serene, di sini disambut Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor yang meluangkan masa berbual mesra hampir satu jam.

Hadir sama, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) Datuk Avinderjit Singh. - Bernama