Foden mampu menyinar: De Bruyne

De Bruyne (kanan) melihat Foden mampu lebih menyerlah jika diberi watak penting bersama City. - Foto Agensi
De Bruyne (kanan) melihat Foden mampu lebih menyerlah jika diberi watak penting bersama City. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN sensasi, Phil Foden berpotensi untuk menyinar bersama Manchester City sekiranya diberikan watak utama dalam kerjaya bola sepaknya.

Potensi Foden itu diluahkan oleh rakan sepasukan yang juga pemain tengah The Citizens, Kevin De Bruyne.

Foden mula mempamerkan sinarnya ketika meledak hatrik membantu City membenam musuh setempat, Manchester United 6-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu.

Stadium Etihad menjadi saksi kehebatan pemain berusia 22 tahun itu sekali gus melonjakkan dirinya sebagai antara pemain penting buat The Citizens.

Kemunculan permata baharu itu di samping Erling Haaland yang turut meledak hatrik mampu mengerunkan lawan City dalam saingan domestik dan pentas Eropah.

De Bruyne berkata, banyak lagi yang terbaik mampu dihasilkan Foden, yang kini bermain di bahagian sayap dalam pasukan bimbingan Pep Guardiola.

Bintang Belgium itu percaya Foden mampu menyerlah bersama kematangannya dan muncul sebagai antara punca kreativiti utama City iaitu peranan yang kini dipikul De Bruyne.

Dia baru berusia 22 tahun. Saya tahu, ketika berusia 22 tahun, saya bukan pemain seperti sekarang.

Artikel Berkaitan:

"Dia cukup bagus, jadi dia cuba mencari aksi konsisten. Dia bermain dengan prestasi sukar dipercayai buat kami dan dia akan berada di sana untuk tempoh yang panjang," ujar De Bruyne.

Tambahnya, Foden seorang pemain berbakat besar untuk beraksi di beberapa posisi dan menjangkakan mampu bermain di bahagian tengah apabila kariernya semakin berkembang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!