Kedah, Pulau Pinang sama padu derbi utara Piala Emas Raja-Raja

Pemain Kedah dan Pulau Pinang sebelum perlawanan Kumpulan D Piala Emas Raja-Raja 2022 di Stadium Mini UUM, Sintok
Pemain Kedah dan Pulau Pinang sebelum perlawanan Kumpulan D Piala Emas Raja-Raja 2022 di Stadium Mini UUM, Sintok
A
A
A

KEDAH berkongsi mata ketika melakar keputusan seri 1-1 berdepan Pulau Pinang dalam derbi utara Piala Emas Raja-Raja 2022 di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Perlawanan tunggal Kumpulan D edisi ke-100 itu menyaksikan Kedah bermula garang apabila mendahului seteru tertangga Zon Utara tersebut.

Jaringan penalti Muhammad Aiman Farhan pada minit ke-10 membolehkan skuad Pulun Kedah Pulun memimpin perlawanan pada babak pertama.

Pulau Pinang yang tidak berputus asa kembali menyaingi lawan pada babak kedua dengan corak permainan agresif.

Skuad Haria Penang Haria itu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas Muhammad Roslizan menterjemahkan sepakan penalti pada minit ke-56.

Bagaimanapun Pulau Pinang gagal memanfaatkan peluang melakar kemenangan, biarpun Kedah bermain 10 pemain setelah Zairul Hisyam Hakim diperintahkan meninggalkan padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-68.

Keputusan itu menyaksikan Pulau Pinang dan Kedah bersama-sama memimpin kumpulan dengan satu mata sambil diekori rapat Perlis serta Perak dengan mata sama, dipisahkan dengan kelebihan jaringan.

Selepas berakhir perlawanan pertama minggu ini, saingan Kumpulan D Zon Utara menyaksikan perebutan slot ke pusingan berikutnya kembali terbuka.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu pada di Padang PCRC, Ipoh pada Sabtu, Perak dan Perlis berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.