Mangsa banjir di Johor tinggal 113 orang

Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Pontian ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, pada Ahad, selepas kediaman penduduk dilanda banjir kilat.
Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Pontian ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, pada Ahad, selepas kediaman penduduk dilanda banjir kilat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir kilat di Johor turun kepada 113 orang setakat pukul 8 malam Isnin, berbanding 295 orang yang direkodkan tengah hari Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu di daerah Kulai, ditutup pada 8 malam Isnin.

Menurut JPBD di daerah Kluang dua PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam dengan melibatkan 33 mangsa dari Kampung Tengah Renggam.

"Sebuah lagi PPS di daerah Kluang adalah di SK Sungai Linau, menempatkan 42 mangsa dari Kampung Sungai Linau,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

JPBD menyatakan di daerah Pontian PPS dibuka di SK Melayu Raya dengan melibatkan 38 mangsa dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti.

Banjir kilat di negeri itu berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan: