Honor perkenal model terbaharu 'Honor X6'

Honor X6 berada dalam pasaran tempatan pada 7 Oktober 2022.
Honor X6 berada dalam pasaran tempatan pada 7 Oktober 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyedia peranti pintar terkemuka global, Honor memperkenalkan model terbaharu siri X, Honor X6 yang akan mula dijual di pasaran tempatan pada 7 Oktober 2022.

Honor dalam satu kenyataan berkata, Honor mengeluarkan produk baharu itu selepas melancarkan Honor X9, X8 dan X7 pada Mac lalu.

“Mengetengahkan slogan 'Lagi Berbaloi, Lagi Best', Honor X6 merupakan telefon pintar terbaik dalam kelas tersendiri kerana menawarkan penstoran 128GB pada harga hanya RM599.

“Honor X6 juga telefon Honor pertama dengan penstoran besar 128GB di bawah RM600 dan harga yang cukup berpatutan ini pasti menambat hati ramai pelanggan,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, siri Honor X sering menjadi pilihan disebabkan ketahanannya, jangka hayat bateri lama dan harga berpatutan dengan ciri-ciri terbaik.

“Ia menjadikan siri Honor X pilihan ramai terutamanya mereka yang mencari telefon pintar pada harga mampu milik,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Honor X menyokong penstoran dalaman 128GB cukup untuk menampung simpanan gambar dan video dalam jumlah piksel yang besar.

“Penstoran MicroSD 1TB yang boleh dikembangkan memenuhi pelbagai kehendak pengguna memberi pengalaman yang lancar dan pintar untuk memiliki Honor X6,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu, Honor X6 mempunyai ciri-ciri sistem tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera kedalaman 2MP.

“Honor X6 juga dimuatkan dengan bateri 5000mAh membolehkan tontonan video dalam talian selama 17 jam, melayari media sosial sehingga 18 jam dan melayan muzik tanpa henti selama 31 jam. Semuanya dengan hanya sekali cas sahaja bagi penggunaan sehingga dua hari,” katanya.

Honor X6 ditawarkan dalam dua warna menyerlah iaitu titanium silver dan ocean blue pada harga RM599.

Layari laman web hihonor.com atau kunjungi kedai Honor terdekat untuk mendapatkan Honor X6 pada 7 Oktober ini.