Menteri mahu pelaku rempuhan stadium dihukum

Gambar fail menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di dalam Stadium Kanjuruhan, Kabupaten Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di dalam Stadium Kanjuruhan, Kabupaten Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Mahfud MD menggesa polis negara itu mengenal pasti dan menghukum sesiapa yang bertanggungjawab dalam rempuhan selepas pertandingan Arema FC dan Persebaya di Stadium Kanjuruhan, Kabupaten Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu 125 orang terbunuh selepas Arema FC tewas kepada Persebaya dengan keputusan 2-3.

"Kami meminta mereka mendedahkan siapa yang melakukan jenayah itu dan tindakan mesti diambil terhadap mereka. Kami juga berharap pihak polis akan menilai prosedur keselamatan mereka," kata Mahfud MD dalam satu kenyataan.

Seramai 323 orang turut cedera dalam kejadian itu selepas anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata di dalam stadium penuh sesak untuk menyuaraikan para penoton yang meluru di atas padang sehingga mencetuskan rempuhan dalam kalangan penonton.

Polis bertindak balas dengan melancarkan gas pemedih mata ke dalam stadium yang penuh sesak menyebabkan penonton bergegas beramai-ramai ke pintu pagar kecil di mana ramai orang yang terpijak atau sesak nafas, menurut saksi-saksi.

Polis menyifatkan kejadian itu sebagai rusuhan yang mana dua anggotanya terbunuh tetapi mangsa-mangsa yang terselamat menuduh pihak berkuasa bertindak keterlaluan dan menyebabkan kematian ramai penonton, termasuk seorang budak lelaki berusia lima tahun.

Saksi-sakis keganasan berkata, para peminat pasukan tuan rumah, Arema FC menceroboh padang selepas tewas kepada Persebaya Surabaya.

Dalam kejadian itu, lebih 40,000 penonton memenuhi stadium itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: