Eropah digesa pastikan Israel patuhi undang-undang antarabangsa

Penyokong Hamas menghadiri perhimpunan bertajuk 'Al-Aqsa dalam bahaya', di 'Stadium Palestin' di Gaza pada Sabtu- Foto EPA
Penyokong Hamas menghadiri perhimpunan bertajuk 'Al-Aqsa dalam bahaya', di 'Stadium Palestin' di Gaza pada Sabtu- Foto EPA
A
A
A

RAMALLAH - Palestin pada Ahad menggesa komuniti antarabangsa memastikan Israel bertanggungjawab secara langsung terhadap peningkatan keganasan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.

Selain itu, komuniti antarabangsa juga digesa memberi tekanan hebat yang sebenarnya ke atas rejim untuk menghentikan segera semua kekerasan terhadap rakyat Palestin.

Palestin juga mahu negara-negara Eropah memastikan Israel mematuhi undang-undang antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan prinsip hak asasi manusia, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Palestin, Israel masih tidak berganjak dengan perbuatannya dan Palestin memandang serius perkara ini kerana ia dilihat hanya memenuhi kepentingan Israel.