Pertemuan Zahid-Hadi harap rungkai masa depan MN: Noh

Noh
Noh
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Selangor berharap pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dapat merungkai pelbagai andaian mengenai masa depan Muafakat Nasional (MN).

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, UMNO Selangor berpendirian menyokong penuh kenyataan rasmi Ahmad Zahid selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan pada 17 September lalu.

"UMNO Selangor menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan terbaik berhubung kerjasama MN," katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Sinar Harian pada 23 September lalu melaporkan, UMNO Selangor sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Pas melalui MN dan bersedia bekerjasama sekiranya mendapat restu daripada pucuk pimpinan.

Noh memberitahu, parti itu tidak mempunyai sebarang permasalahan dengan Pas dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Pada Ahad, Ahmad Zahid mengesahkan Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya pada 17 September lalu.

Beliau dalam kenyataan media memaklumkan, pelbagai spekulasi timbul berkenaan dengan pertemuan beliau yang juga Pengerusi BN dengan Abdul Hadi.

Kata Ahmad Zahid, pertemuan empat mata tersebut berlangsung dengan penuh harmoni berteraskan semangat mahabbah dan ukhuwah persaudaraan Islamiah.

Artikel Berkaitan: