[VIDEO] Anwar jangka Azmin sukar kekalkan kerusi Gombak

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal berdepan kesukaran untuk mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ia susulan kenyataan Azmin yang mencabar beliau bertanding di Parlimen Gombak.

"Kenapa nak sibuk tentang dia? Dia jaga kawasan dia, tidak mudah bagi dia (untuk mempertahankan kerusi)," katanya memetik laporan Astro Awani pada Ahad.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pelancaran buku Script: For A Better Malaysia pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan Anwar memberi bayangan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15, sebaliknya mahu bertanding di kerusi Parlimen yang disandang 'pengkhianat' PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dalam ucapan perasmian jentera pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar Anwar bertanding di Parlimen Gombak.

"Ada orang nak datang Gombak, silakan. Nak hantar isteri boleh, anak pun boleh. Kalau berani hantar diri sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: