Tular surat perjumpaan khas UMNO bersama Presiden, PM

Surat jemputan tular yang ditandatangani oleh Ahmad pada Jumaat.
Surat jemputan tular yang ditandatangani oleh Ahmad pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tular satu surat jemputan berhubung perjumpaan khas pemimpin UMNO peringkat bahagian bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual berlangsung pada Selasa depan.

Berdasarkan surat berkenaan, perjumpaan itu melibatkan semua Ketua UMNO Bahagian serta sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian.

Perjumpaan tersebut adalah kesimbungan kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) diadakan dalam tahun ini.

Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, majlis pertemuan itu akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 2 petang.