Michelle dilantik CEO baharu ABM

Michelle Chai
Michelle Chai
A
A
A

BEKAS Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) berkuat kuasa Isnin ini.

BAM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya yakin dengan pengalaman yang dimiliki Michelle dilihat mampu menjadi nilai tambah kepada BAM dan pelarasan akademi.

“Michelle sebelum ini juga pernah bertugas dalam pentadbiran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persatuan Bolasepak Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai kepakaran dan pengalaman yang bakal menjadi nilai tambah kepada BAM dan pelarasan akademi.

“BAM berbesar hati dengan kembalinya Michelle ke sini dan yakin, beliau mampu berdepan pelbagai cabaran dalam pengurusan ABM dan juga pemain kebangsaan,” kata kenyataan itu.

Michelle, 47, akan mengetuai tempat latihan skuad kebangsaan dan juga persiapannya selain bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran ABM.

Untuk rekod, ketika memegang jawatan di MOM, Michele turut terbabit dalam pengurusan penyertaan kontinjen Malaysia di beberapa temasya besar seperti Sukan Olimpik Tokyo, Sukan SEA Filipina dan Sukan SEA Vietnam.

Artikel Berkaitan: