Gempa bumi sederhana landa Utara Sumatera

Gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.
Gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 3.28 pagi Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Sabtu, memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 286 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurut jabatan itu, gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka serta Perak dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu.

Orang ramai diminta mengisi borang di pautan https://forms.gle/xrnKwLo83vM8zmYG7 sekiranya terdapat maklumat gegaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: